Pakej Fotografi Perkahwinan | Jurugambar Perkahwinan

By: Sani Rahman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Dec-2007 09:00 Email | Share | Bookmark
MR. GIM Rakyat 2007 | Champ of Champ | Stadium Titiwangsa

Artikel daripada Laman Web Kementerian Belia Dan Sukan

Quote:
Wan Man dinobatkan Mr.Gim Rakyat NFC 2007

17 Disember 2007
Kuala Lumpur, Sabtu – Pertandingan Mr. Gim Rakyat NFC kembali bagi memertabatkan sukan bina badan negara. Sebanyak 4 kategori yang dipertandingan iaitu Kategori Junior, Light Weight (70 kg), Middle weight (70-80 kg), Heavy weight (80 kg). Sebanyak 150 peserta yang bertanding bermula daripada peringkat saringan dan 32 orang terpilih ke peringkat akhir bagi setiap kategori.

Mr.Gim Rakyat NFC 2007 dinobatkan kepada Wan Man Wan Ibrahim(Kelantan) Juara Heavy Weight 80 kg ke atas. Beliau membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta piala. Juara bagi setiap kategori pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,500, medal serta hadiah iringan. Anugerah `Jasamu dikenang’ diberikan kepada Datuk Wira Gan Boon Leong dan Encik Basri Kelana.

Pertandingan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur menarik lebih kurang 500 orang peminat-peminat sukan bina badan serta penyokong-penyokong yang membanjiri stadium sejak awal pagi lagi. Turut diadakan dalam program ini adalah pertandingan Gusti Lengan yang dianjurkan oleh Persatuan Gusti Lengan Malaysia dan aktiviti pameran dari KBS, WSFFM, Power Bar, AM Insurance seta beberapa lagi agensi yang terlibat.

Peringkat akhir Pertandingan Mr. Gim Rakyat NFC 2007 serta Upacara Penyampaian Hadiah diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Azalina Othman Said. Turut hadir pada malam itu adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Muhamad Batri dan Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Madzrib Ibrahim.

oleh : Lizza Imelia M. Sulanah



Foto | Sani Rahman


Wan Man Wan Ibrahim - Mr. GIM Rakyat ( Champ of Champ )


Aksi bersahaja Malek Noor ketika melakukan pemeriksaan pentas.


Malek Noor ketika berucap pada malam peringkat akhir Mr. GIM Rakyat 2007.


Malek Noor (kiri) bersama Menteri Belia & Sukan, Dato’ Azalina Othman Said ketika sidang media.

Click HERE! for more picture.



Sani Rahman
Photographer
013-2379373
arunamaya@gmail.com



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net